dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Program Banci DOSM Johor

12 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Februari 2026 bersamaan hari Rabu, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Johor telah bekerjasama dengan pentadbiran mukim di Kompleks Penghulu Mukim Serkat. Kerjasama ini turut melibatkan petugas NADI memandangkan lokasi NADI yang kini berada di dalam kawasan kompleks. Program yang melibatkan seramai 3 kakitangan dari DOSM Johor ini turut dibantu oleh Penghulu, Ketua Kampung dan petugas NADI dalam usaha memastikan masyarakat khususnya golongan yang disasarkan hadir untuk membanci.

Seramai lebih 30 orang komuniti telah hadir ke NADI untuk membanci seterusnya melayakkan mereka didaftarkan secara langsung bagi tujuan kemudahan di bawah sistem yang dikelolakan oleh pihak DOSM Johor. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini berakhir sepenuhnya pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.